Thursday 7 June 2012

Pengurusan sumber


Refleksi:
          
  Sumber ialah suatu jenis set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membantu proses pembelajaran seseorang pelajar. Setelah membaca artikel ini, saya mendapati bahawa terdapat 3 jenis sumber iaitu  sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

a)    Sumber primer
Sumber primer bermaksud hasil kerja asal sama ada diterbitkan. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder atau tertier.  Contohnya  tesis, jurnal dan prosiding.

Ciri-ciri sumber primer:
            i.  Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.
           ii.  Melaporkan penyelidikan yang asli.
          iii.  Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang baru.    
          iv.  Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.
           v.  Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.

b)    Sumber sekunder
Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan glosari.

Ciri-ciri Sumber Sekunder.
i.        Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.
ii.        Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.
iii.        Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.

c)    Sumber Tertier
Ia dikenali sebagai sumber umum dan  maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer.  Sumber tertier boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel,  dan panduan praktis.
 
Ciri-ciri Sumber Tertier:

Sumber tertier dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.
      
      Sumber-sumber ini memainkan peranan yang sangat penting semasa kita membuat sesuatu kajian. Pada pendapat saya, sumber primer adalah paling baik tetapi susah diperolehi manakala sumber tertier adalah paling senang diperolehi di mana kita dapat mencari sumber tertier melalui laman web.Walaubagaimanapun, kita perlu berdaya upaya untuk mendapatkan sumber primer untuk membuat kajian yang terbaik.